Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.

Ketentuan Allah S.W.T

Assalamualaikum...

Ketentuan Allah S.W.T.Berapa ramai diantara kita pada hari ini yang selau kecewa dengan ketentuanNya?Saya sendiri pun kadang-kala terjebak sama dalam 'masalah' ini.Sebab itulah saya pada ketika ini cuba ingin mengulas tentang ini tetapi bukan secara detail,hanya 'ringan-ringan' sahaja.

Ketentuan Allah S.W.T adalah sebaik baik perancangan sebenarnya.Ramai diantara kita bijak dalam membuat 'planning' dalam pelbagai hal tetapi ramai juga yang tidak berjaya mengikut perancangan berkenaan kan?Kerana apa?Kerna Allah S.W.T  lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya.Perkara ini termaktub dalam semua aspek termasuklah kerjaya,rezeki,jodoh dan sebagainya.

Orang yang hebat sebenarnya orang yang mampu redha dengan segala hal dalam kehidupannya.Yang percaya itu yang terbaik untuknya walaupun kadang kala hal yang berlaku itu tak menepati kehendaknya.Tergolongkah kita dalam golongan tersebut?Tepuk dada,tanya diri,jujur.Sejujurnya saya juga tidak mampu menjadi orang seperti itu.Kadang kala terjatuh dalam lembah kekecewaan.Apakan daya,saya juga seorang hamba yang tersangatlah lemah.

Persoalan yang sering bermain di minda saya apabila saya kecewa,bolehkah saya mengubah perkara ini balik?Saya renung kembali dan merenung lagi dan saya mendapat jawapannya iaitu ,ya,saya masih berupaya mengubahnya dengan izin Allah S.W.T.Mengapa saya berkata demikian?Sebabnya kita insan biasa ni selalu terlupa bahawa kita sebagai umat Islam mempunyai satu senjata yang teramat canggih,teramat hebat.Doa.Ya doa!Disaat kita kecewa,kita sedih dengan apa yang dilalui dalam kehidupan seharian kembalilah kepadaNya,berdoa kepadaNya semoga kita mampu mengubah apa yang telah menyebabkan kita kecewa.Mintalah denganNya,hanya Dia yang mampu mengubah segalanya.Lebih baik pula jika kita berdoa semoga Allah kuatkan kita sehingga kita mampu redha dalam setiap ketentuanNya.Gunakan senjata kita ini.Allah S.W.T apa yang dilalui oleh hambaNya,yang dirasai oleh hambaNya,saya yakin!

No comments:

Post a Comment