Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

MH370

Assalamualaikum...

Setelah beberapa minggu hilang,MH370 masih belum dapat ditemui atau dikesan jejaknya samada terhempas ataupun tidak.Beberapa minggu lalu iaitu semasa MH370 hilang masih menjadi satu cerita yang baharu,media massa termasuklah media sosial seperti Facebook dan Twitter 'sibuk' dengan berita berita,spekulasi dan juga jangkaan dari pelbagai pihak.Dari sini kita dapat melihat bangsa Malaysia khususnya bangsa Melayu adalah satu bangsa yang prihatin,tapi selama manakah ianya bertahan?Bukan ini yang saya ingin perkatakan..

Sebagai seorang penulis dan dikhususkan lagi iaitu penulis bebas kita sepatutnya bertanggungjawab diatas sesuatu perkara ataupun maklumat yang kita sebarkan.Banyak berlaku penyebaran maklumat maklumat palsu dan ternyatalah sudah tidak benar disebarkan tanpa usul periksa.Kita lebih terkejar siapakah yang paling cepat menyebarkan maklumat berbanding memastikan maklumat tersebut adalah betul.Keadaan ini bukannya berlaku semasa kes MH370 sahaja tetapi kes-kes lain atau hal-hal yang terdahulu lagi.

Tidak dinafikan penyebaran maklumat adalah bagus sebab ianya satu perkongsian tetapi sebolehnya pastikan maklumat tersebut adalah betul(berdasarkan fakta-fakta yang telah diperolehi).Kita adalah bangsa yang bijak,saya kita mampu sebenarnya menggelakkan perkara sebegini.Anda laju menyebarkan maklumat tetapi maklumat tersebut tidak benar apakah faedahnya kepada masyarakat?Atau adakah anda terlalu mengejar 'like'(Facebook) atau 'followers'(Twitter) ?Saya harap anda tidak begitu.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam  melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita.Mungkin bagi kita nampak kecil tapi kita tidak tahu mungkin ianya boleh membawa kesan yang besar kepada orang lain..Sekian..Wallahu a'lam.

Ketentuan Allah S.W.T

Assalamualaikum...

Ketentuan Allah S.W.T.Berapa ramai diantara kita pada hari ini yang selau kecewa dengan ketentuanNya?Saya sendiri pun kadang-kala terjebak sama dalam 'masalah' ini.Sebab itulah saya pada ketika ini cuba ingin mengulas tentang ini tetapi bukan secara detail,hanya 'ringan-ringan' sahaja.

Ketentuan Allah S.W.T adalah sebaik baik perancangan sebenarnya.Ramai diantara kita bijak dalam membuat 'planning' dalam pelbagai hal tetapi ramai juga yang tidak berjaya mengikut perancangan berkenaan kan?Kerana apa?Kerna Allah S.W.T  lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya.Perkara ini termaktub dalam semua aspek termasuklah kerjaya,rezeki,jodoh dan sebagainya.

Orang yang hebat sebenarnya orang yang mampu redha dengan segala hal dalam kehidupannya.Yang percaya itu yang terbaik untuknya walaupun kadang kala hal yang berlaku itu tak menepati kehendaknya.Tergolongkah kita dalam golongan tersebut?Tepuk dada,tanya diri,jujur.Sejujurnya saya juga tidak mampu menjadi orang seperti itu.Kadang kala terjatuh dalam lembah kekecewaan.Apakan daya,saya juga seorang hamba yang tersangatlah lemah.

Persoalan yang sering bermain di minda saya apabila saya kecewa,bolehkah saya mengubah perkara ini balik?Saya renung kembali dan merenung lagi dan saya mendapat jawapannya iaitu ,ya,saya masih berupaya mengubahnya dengan izin Allah S.W.T.Mengapa saya berkata demikian?Sebabnya kita insan biasa ni selalu terlupa bahawa kita sebagai umat Islam mempunyai satu senjata yang teramat canggih,teramat hebat.Doa.Ya doa!Disaat kita kecewa,kita sedih dengan apa yang dilalui dalam kehidupan seharian kembalilah kepadaNya,berdoa kepadaNya semoga kita mampu mengubah apa yang telah menyebabkan kita kecewa.Mintalah denganNya,hanya Dia yang mampu mengubah segalanya.Lebih baik pula jika kita berdoa semoga Allah kuatkan kita sehingga kita mampu redha dalam setiap ketentuanNya.Gunakan senjata kita ini.Allah S.W.T apa yang dilalui oleh hambaNya,yang dirasai oleh hambaNya,saya yakin!