Assalamualaikum,
Petang yang hening menarik rasa ingin mencurah idea pemikiran.Hehe.InshaAllah,artikel ini saya ingin menceritakan sedikit pandangan saya dalam istilah berputus asa.
Kadang kala,dalam kehidupan seharian kita selalu ada berlaku dialog ‘Dahlaaa,au tak serik..tak guna aku teruskan lagi..’.Bagi saya sendiri,pada pandangan saya,perkara ini tak patut berlaku sebenarnya.Walaupun,saya ulangi,walaupun dalam diri saya sendiri selalu timbul rasa berputus asa untuk melakukan sesuatu perkara.
Kenapa saya katakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam kehidupan kita tak seharusnya berputus asa.Saya mengambil contoh mudah iaitu dalam perniagaan(Sunnah Rasulullah S.A.W) kita selalu dengar orang yang mengalami kegagalan dalam usaha mereka.Seharusnya kegagalan yang melanda tidak akan membuat kita berputus asa,sekalipun jatuh kali ke 99 bangunlah untuk kali ke 100.Ambilah kegagalan itu sebagai cabaran,terima lah ia sebagai pelajaran dan jadikanlah ia penyuntik semangat untuk bangkit kembali.
Begitu juga dalam konteks agama Islam,jangan hanya kerana satu dugaan kita sudah berputus asa untuk hidup.Tidakkah kita tahu bahawa Allah S.W.T takkan menguji hambaNya lebih daripada apa yang hambaNya mampu tanggung,tidak percayakah kita kepada janji Allah?Semestinya kita semua yakin bahawa janji Allah S.W.T adalah janji yang benar.Seharusnya dalam kalangan orang Islam tidak berlakunya kes kes seperti kes bunuh diri.Percayalah bahawa ketentuan Allah S.W.T adalah yang terbaik walaupun di mata kita ianya Nampak serba tidak kena.Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment