Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.

Api Politik

 Dah agak lama negara kita,Malaysia,menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 namun sehingga kini arena politik kita masih 'berapi'.Banyak perkara yang diungkitkan,banyak perkara yang mengundang ketidakpuasan hati namun  bukan itu yang ingin saya bicarakan pada coretan saya pada kali ini.Apa yang ingin saya perkatakan adalah sikap penyokong parti politik.Apa kena dengan mereka?

   Saudara saudari sekalian ada account Facebook?Saudara saudari pernah mengunjungi laman sesawang yang berunsurkan politik?Saya anggap pernah kerana anda sedang membaca artikel ini sekarang.Satu lagi soalan,saudara saudari pernah turut serta dalam memberi komen yang berkaitan politik?Mungkin ada yang tidak pernah,tidak mengapa,itu tidak penting.

   Saya begitu tertarik dengan komen komen positif yang ditonjolkan oleh beberapa individu pada  beberapa artikel politik yang saya ikuti.Banyak unsur tegur menegur yang diterapkan.Itu okay.Apa yang menjadi masalah sekarang ialah terdapat golongan yang komen dan berbicara ibarat 'tak sayang mulut'.Bahasa yang ditonjolkan begitu kasar sekali.Inikah dia sikap rakyat Malaysia?Saya harap tidak.
   Saya terpanggil untuk memberi sedikit peringatan,jagalah bahasa kita,jangan sampai menyakitkan hati orang lain.Bahasa itu indah,jangan cemarinya,tolong!Banyakkan bersabar dalam mengutarakan sebarang pendapat.Kita rakyat Malaysia,kita berbudi bahasa,bukankah begitu?Banyak yang komen menginginkan Islam ditegakkan di negara ini tetapi lihat kepada komennya,MasyaAllah,habis segala disebutnya.Ingat,bahasa kita juga identiti kita.Mana-mana penyokong pun sama,saya tidak menyebelahi mana-mana pihak,yang salah tetap salah.

   Tulisan saya ini bukan untuk memalukan,bukan untuk menghina,sekadar menasihati sesama kita.Janganlah bahasa kita wahai saudaraku ! Sekian.

Aku Bukan Si Sempurna

   Saya bukanlah sempurna,saya juga ada kekurangan.Ini yang harus  saya akui.Semua penulisan disini hanyalah sekadar pendapat saya dan bukanlah bertujuan untuk menunjukkan yang saya ini sempurna.Ingat tak,tiada orang yang sempurna dalam dunia ini. :)

   Mungkin apa yang saya akan perkatakan telah ramai yang memperkatakannya terlebih dahulu,saya perlu akui yang saya sudah  lambat namun bukannya terlambat.Masih belum terlambat dalam apa jua perkara yang ingin kita perjuangkan,ingat tu.Mungkin yang membaca blog ni mengenali saya,ingat saya bukanlah sempurna.Di luar mungkin berbeza,di blog ini mungkin berbeza.Itu adalah dinamakan talam dua muka?Ianya adalah diatas penilaian peribadi masing-masing.Ikut pilihan anda.

   Kadang-kadang dalam hidup kita memerlukan perubahan,perubahan yang akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ke hari.Begitu jua apa yang saya sedang cuba,perbaiki kelemahan diri yang ada,cuba menjadi yang terbaik buat orang-orang sekeliling.Harapan saya cukup sekadar saya diterima baik dikalangan mereka.

   Artikel ini mungkin tiada input atau menfaatnya.Maaf.

Haruskah Media?

   Kita selalu melihat artis kita sekarang,masalah peribadi pun dimediakan,apakah yang mereka rasa?Rancangan TV pulak tidak habis-habis mengorek cerita peribadi artis-artis kita bagai tiada idea lain yang lebih baik.Nak contoh rancangan?Tidak perlu rasanya,nanti lain pula jadinya artikel ni,tak nak 'mention'.Para pembaca akan dapat mengetahuinya.

   Kini,hangat seorang artis yang ada krisis dengan maknya.Apa nak jadi,siap buat sidang media lagi?Hal keluarga,bincang baik-baik,bincang elok-elok kan lebih baik?Sekali lagi,tak perlu 'mention'.Apa yang hendak disampaikan adalah pengajaran darinya.

   Kita,diri kita pernah tak berfikir,betapa banyak aib kita yang Allah tutup dari tatapan manusia?Pernah fikir semua itu?Agak-agak  apa akan jadi jika semua aib itu terbongkar?Takkah malu kita nanti.Lepas berfikir tu,fikir balik,nak kah kita sebar aib kita?Saya yakin lagi pasti takkan ada yang sanggup menyebarkan aib diri kita sendiri.

   Sekadar pendapat peribadi,berbalahan dalam keluarga,krisis kekeluargaan itu adalah satu aib bagi kita.Apa yang orang akan fikir tentang kita jika mereka tahu yang kita ada masalah keluarga?Biasalah manusia,mungkin yang akan anggap anda tak bertanggungjawab,tak prihatin,jahat dan sebagainya.Saya tak kata mesti tapi berkemungkinan.Kena faham tu. :)

   Jadi,apa keperluan hal peribadi kita dihebohkan di media?Perselisihan faham dengan mak sendiri pun nak masuk TV?Tak fikirkah,malu mak awak nanti.Fikirlah.Fikirlah.Fikirlah.Kita artis pun,jangan lah sampai hal peribadi pun nak dihebohkan.Artis lain ada je yang boleh selesaikan masalah tanpa ada bantuan media?

    Atau adakah sekadar jalan meraih populariti?Fikir dan tanggung sendiri okay.Hahaha. :)


MH370

Assalamualaikum...

Setelah beberapa minggu hilang,MH370 masih belum dapat ditemui atau dikesan jejaknya samada terhempas ataupun tidak.Beberapa minggu lalu iaitu semasa MH370 hilang masih menjadi satu cerita yang baharu,media massa termasuklah media sosial seperti Facebook dan Twitter 'sibuk' dengan berita berita,spekulasi dan juga jangkaan dari pelbagai pihak.Dari sini kita dapat melihat bangsa Malaysia khususnya bangsa Melayu adalah satu bangsa yang prihatin,tapi selama manakah ianya bertahan?Bukan ini yang saya ingin perkatakan..

Sebagai seorang penulis dan dikhususkan lagi iaitu penulis bebas kita sepatutnya bertanggungjawab diatas sesuatu perkara ataupun maklumat yang kita sebarkan.Banyak berlaku penyebaran maklumat maklumat palsu dan ternyatalah sudah tidak benar disebarkan tanpa usul periksa.Kita lebih terkejar siapakah yang paling cepat menyebarkan maklumat berbanding memastikan maklumat tersebut adalah betul.Keadaan ini bukannya berlaku semasa kes MH370 sahaja tetapi kes-kes lain atau hal-hal yang terdahulu lagi.

Tidak dinafikan penyebaran maklumat adalah bagus sebab ianya satu perkongsian tetapi sebolehnya pastikan maklumat tersebut adalah betul(berdasarkan fakta-fakta yang telah diperolehi).Kita adalah bangsa yang bijak,saya kita mampu sebenarnya menggelakkan perkara sebegini.Anda laju menyebarkan maklumat tetapi maklumat tersebut tidak benar apakah faedahnya kepada masyarakat?Atau adakah anda terlalu mengejar 'like'(Facebook) atau 'followers'(Twitter) ?Saya harap anda tidak begitu.

Semoga kita semua lebih berhati-hati dalam  melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita.Mungkin bagi kita nampak kecil tapi kita tidak tahu mungkin ianya boleh membawa kesan yang besar kepada orang lain..Sekian..Wallahu a'lam.

Ketentuan Allah S.W.T

Assalamualaikum...

Ketentuan Allah S.W.T.Berapa ramai diantara kita pada hari ini yang selau kecewa dengan ketentuanNya?Saya sendiri pun kadang-kala terjebak sama dalam 'masalah' ini.Sebab itulah saya pada ketika ini cuba ingin mengulas tentang ini tetapi bukan secara detail,hanya 'ringan-ringan' sahaja.

Ketentuan Allah S.W.T adalah sebaik baik perancangan sebenarnya.Ramai diantara kita bijak dalam membuat 'planning' dalam pelbagai hal tetapi ramai juga yang tidak berjaya mengikut perancangan berkenaan kan?Kerana apa?Kerna Allah S.W.T  lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk hambaNya.Perkara ini termaktub dalam semua aspek termasuklah kerjaya,rezeki,jodoh dan sebagainya.

Orang yang hebat sebenarnya orang yang mampu redha dengan segala hal dalam kehidupannya.Yang percaya itu yang terbaik untuknya walaupun kadang kala hal yang berlaku itu tak menepati kehendaknya.Tergolongkah kita dalam golongan tersebut?Tepuk dada,tanya diri,jujur.Sejujurnya saya juga tidak mampu menjadi orang seperti itu.Kadang kala terjatuh dalam lembah kekecewaan.Apakan daya,saya juga seorang hamba yang tersangatlah lemah.

Persoalan yang sering bermain di minda saya apabila saya kecewa,bolehkah saya mengubah perkara ini balik?Saya renung kembali dan merenung lagi dan saya mendapat jawapannya iaitu ,ya,saya masih berupaya mengubahnya dengan izin Allah S.W.T.Mengapa saya berkata demikian?Sebabnya kita insan biasa ni selalu terlupa bahawa kita sebagai umat Islam mempunyai satu senjata yang teramat canggih,teramat hebat.Doa.Ya doa!Disaat kita kecewa,kita sedih dengan apa yang dilalui dalam kehidupan seharian kembalilah kepadaNya,berdoa kepadaNya semoga kita mampu mengubah apa yang telah menyebabkan kita kecewa.Mintalah denganNya,hanya Dia yang mampu mengubah segalanya.Lebih baik pula jika kita berdoa semoga Allah kuatkan kita sehingga kita mampu redha dalam setiap ketentuanNya.Gunakan senjata kita ini.Allah S.W.T apa yang dilalui oleh hambaNya,yang dirasai oleh hambaNya,saya yakin!

Putus Asa

Assalamualaikum,

Petang yang hening menarik rasa ingin mencurah idea pemikiran.Hehe.InshaAllah,artikel ini saya ingin menceritakan sedikit pandangan saya dalam istilah berputus asa.
Kadang kala,dalam kehidupan seharian kita selalu ada berlaku dialog ‘Dahlaaa,au tak serik..tak guna aku teruskan lagi..’.Bagi saya sendiri,pada pandangan saya,perkara ini tak patut berlaku sebenarnya.Walaupun,saya ulangi,walaupun dalam diri  saya sendiri selalu timbul rasa berputus asa untuk melakukan sesuatu perkara.
Kenapa saya katakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam kehidupan kita tak seharusnya berputus asa.Saya mengambil contoh mudah iaitu dalam perniagaan(Sunnah Rasulullah S.A.W) kita selalu dengar orang yang mengalami kegagalan dalam usaha mereka.Seharusnya kegagalan yang melanda tidak akan membuat kita berputus asa,sekalipun jatuh kali ke 99 bangunlah untuk kali ke 100.Ambilah kegagalan itu sebagai cabaran,terima lah ia sebagai pelajaran dan jadikanlah ia penyuntik semangat untuk bangkit kembali.

Begitu juga dalam konteks agama Islam,jangan hanya kerana satu dugaan kita sudah berputus asa untuk hidup.Tidakkah kita tahu bahawa Allah S.W.T takkan menguji hambaNya lebih daripada apa yang hambaNya mampu tanggung,tidak percayakah kita kepada janji Allah?Semestinya kita semua yakin bahawa janji Allah S.W.T adalah janji yang benar.Seharusnya dalam kalangan orang Islam tidak berlakunya kes kes seperti kes bunuh diri.Percayalah bahawa ketentuan Allah S.W.T adalah yang terbaik walaupun di mata kita ianya Nampak serba tidak kena.Wallahu a’lam.

Cinta

Sebagai seorang insan biasa kita ingin disayangi dan juga ingin menyayangi.Rasa ini ditafsirkan sebagai satu perkataan iaitu cinta.Hakikatnya,tiada siapa yang mampu memberi apa itu definisi cinta yang tepat kerana semestinya setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri tentang cinta.Sesungguhnya cinta yang hakiki adalah cinta kepada Ilahi.

Berapa ramai yang sedang dilamun cinta sekarang ni?Jika ditanya pasti ramai yang mempunyai pengalaman dan sejarah dalam percintaan.Putus cinta,cinta tak berbalas,cinta sampai ke jinjang pelamin-kisah cinta yang seringkali kita dengar.Cinta sebenarnya satu ujian buat kita.Ujian kesetiaan,ujian kejujuran dan ujian penantian.Pernahkah dengar kisah cinta yang mana kedua-dua pihak memendam rasa cinta mereka tetapi akhirnya mereka bersama jua?Pernahkah juga mendengar kisah cinta yang bercinta bertahun tetapi pada akhirnya masing-masing membawa haluan yang mana bermaksud mereka berpisah jua?Saya yakin anda pernah mendengarnya.

Begitulah indahnya takdir Ilahi.Kita tidak mengetahui samada kita ada jodoh didunia ini ataupun tidak kerana ajal tidak menunggu kita bertemu dengan jodoh kita dahulu baharulah ianya akan menyapa.Jika kita ada jodoh,tahukah kita siapa jodoh kita?Kita tidak akan tahu selagi belum berlangsungnya akad nikah.Sebuah percintaan yang disirami perkahwinan akan membuatkan cinta itu lebih indah.Yang dulunya haram sekarang tidak lagi malah memperoleh pahala lagi.Taknak ke?Hehe

Cinta kepada Ilahi adalah cinta yang tiada tandingannya.Cintailah orang yang anda cintai kerana Allah S.W.T.InshaAllah itu adalah yang terbaik.

Aku Seorang Pendosa

Assalamualaikum..

Dalam berpesan-pesanan,saya jua tak lari dari salah dan silap.Ini saya amat amat akui.Kadang-kadang perkara yang saya nasihati adalah perkara yang pernah rasai sendiri.Itu sebab mengapa saya mudah memahami perasaan seseorang yang berbuat demikian.Pengalaman adalah guru yang sangat baik.

Hampir setiap hari ada proses tegur-menegur dan setiap hari jugalah saya berbuat dosa.Samada melalui lisan,perbuatan dan hati.Kenapa saya masih menasihati anda?Kerana dalam menasihati orang lain,saya juga menasihati diri saya sendiri jua.Satu pesanan yang ditulis setiap hari,diperingati setiap hati inshaAllah akan nampak keberkesanannya lama-kelamaan.Nasihat yang diberi adalah bukan untuk mengajar,bukan untuk menunjukkan saya lebih tahu tetapi sebagai satu perkongsian dan jika sesuai boleh lah dibuat panduan untuk kebaikan bersama.

Oleh itu,saya berharap,jika saya ada kesalahan dan khilaf sepanjang perjalanan hidup saya termasuklah dalam penulisan,mohon ditegur.InshaAllah saya akan memerimanya dengan hati terbuka.Harus diingat juga bahawa ada bezanya antara menasihati,mengaibkan dan mencari.Semoga kita selalu dalam keredhaanNya.Wallahu a'lam.

Tujuan Hidup

Assalamualaikum..

Saya bukanlah seorang yang bijak pandai dan saja bukan juga orang yang berjaya.Diri ini banyak kelemahan dan kekhilafan.Kalaulah Allah S.W.T buka aib saya,habislah saya,tak keluar rumah.Itulah sebab kenapa Allah S.W.T menutup aib kita dan juga orang lain.Berbalik kepada tajuk entry,apa tujuan kita hidup didunia ini?Sama-sama fikirkan..

Sebagai umat Islam,saya sedar yang saya hidup didunia ini untuk beramal,untuk bekalan akhirat saya.Namun,seperti yang selalu saya katakan,saya hanya manusia biasa yang tak lari dari membuat kesalahan.Kadang-kadang saya lebih mengejar dunia,Allahurabbi.Maafkanlah hambaMu Ya Allah.

KIta selalu fikir kita muda,lambat lagi nak meninggal dunia,ada banyak masa lagi.Kita seharusnya sedar bahawa ajal tak mengenal usia,kesihatan dan keadaan.Tengoklah berapa orang daripada kita pada hari ini mengadapNya pada usia yang muda?Fikir balik jika kita masih fikir yang kita masih punyai masa untuk kembali pada keadaan yang sepatutnya.Untuk bertaubat kepadaNya,memohon keampunanNya.

Cubalah ubah tujuan hidup kita selari dengan kehendak agama,inshaAllah kita akan berjaya di dunia dan akhirat.Dianjurkan setiap malam,kita minta maaf dengan semua orang dan maafkan semua orang,biar kita tidur dalam keadaan yang baik.Mana tahu kita akan mengadapNya dalam tidur kita.Sebolehnya pula,solat sunat taubat la sentiasa,minta keampunanNya.Sekurang-kurangnya menyesali dosa-dosa kita seharian...Wallahu a'lam..Semoga kita dapat menjadi hambaNya yang selalu berada dalam redhaNya..Amin Ya Rabb.. #MoodSedih