Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.

Pro Kontra Kuota Melayu

Pro Kontra Kuota Melayu..Isu ini sedang hangat diperkatakan oleh media samada oleh pembangkang atau pun pihak kerajaan.Aku bukan nak menyebelahi mana-mana namun aku ingin luahkan sedikit pendapat aku dalam isu ini.Pendapat ini mungkin boleh menimbulkan kemarahan orang melayu jadi sebelum meneruskannya aku minta maaf sebanyak mungkin terlebih dahulu.

Seperti kebiasaanya setiap perkara ada pro dan kontranya yang tersendiri.Jadi,pada pendapat aku isu kuota melayu ini juga mempunyai elemen yang sama.Cuba kita buka fikiran sejenak...sama-sama berfikir dalam sudut perspektif yang berbeza..tetapi nyata dan 'ter'hakikat.

Apepun,terlebih dahulu saya ingin memetik sedikit ucapan oleh PM kita..



''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain. Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati. Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan. Ianya kekal. Saya masih waras dan mahu Bangsa saya berjaya. Tapi terlalu bergantung kepada kuota semata2 menyebabkan Bangsa kita semakin malas." Najib menjawab isu ini semasa Sidang Media selepas Mesyuarat MT UMNO baru2 ini.
  
Menurut pendapat aku,pandangan Najib ada  kebenarannya.Aku berkata sebegini bukan kerana ingin berpolitik tetapi hanya untuk menyedarkan bangsa kita dari mimpi yang indah.Ini hakikat yang perlu kita terima,peniaga kita hanya bergantung kepada kuota.Ini lah yang dikatakan mimpi indah.. semua adalah mimpi,mimpi yang bukan kenyataan.


Kepada usahawan dan peniaga Melayu yakinlah bahawa walaupun tanpa kuota ,kita masih boleh berjaya.Jangan sempitkan fikiran dengan berfikir "tiada kuota,habislah melayu".Seikhlas hati aku cakapkan kat sini,orang yang berfikiran sebegitu adalah orang yang tiada pendirian dan keyakinan terhadap diri sendiri.Maaflah kalau ada yang tersinggung..

Jika isu ini terus diperkatakan sebagai agenda politik aku tidak dapat membayangkan perpecahan yang akan berlaku kepada Melayu kita.Dengan mudahnya orang lain boleh mengambil kesempatan.Oleh itu,kita semua perlulah teguhkan perpaduan antara kita semua walaupun mempunyai idealogi politik yang berlainan.

Aku yakin kuota  kita tidak akan dimansuhkan oleh Najib.Beliau cuma ingin kita semua belajar berdiri sendiri,dengan penuh keyakinan,dengan penuh matlamat.Jadi,aku xnak bercakap banyak dan aku tekankan disini bahawa isu ini penuh dengan pro kontranya yang tersendiri..Fikir-fikirkan..Renung-renungkan..

#Sedikit buah fikiran daripada seorang pelajar yang masih cetek pengalaman.Segala kekhilafan dimohon maaf ..

8 comments:

  1. 1st komen kt sini..hehe

    sekadar pendangan shj..kuota bg sy hanya utk sape2 yg m'punyai hubungan dgn org2 atasan saje..kalo org biasa2 ade kuota ke xde kuota xde mkna pon..sbb peluang utk dapatkan sesuatu projek sgt la tipis..kecuali kalo sape2 yg ade link dgn org2 yg b'kenaan & ada "fulus yg dihulur" kunun2nya sbg cagaran.

    Org2 melayu yg kaya dan b'jya jrg yg ade nk tlg sesama melayu..masing2 nak m'jatuhkan..kaut untung nk sorg je..x mcm org2 cina...dorg tlg sesama mereka..sy sgt respect ngn dorg..

    **actually sy ckp ni b'dasarkan pengalaman..

    ReplyDelete
  2. Apa gunanya melayu kalau tewas di tanah air sendiri...mane perginye 'MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA' !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. bagus nur..sebab tu la saya cakap ada pro dan kontranya...dalam perniagaan ada la benda gitu..saya x nafikan...namun ramai yang kecoh pasal nii...knpa??jawapannya adalah sekadar dijadikan bahan politik,yang boleh memecahbbelahkan melayu kita..sebab tu,mcam mana kita naj jadi macam orang cina??

    *pengalaman-a great teacher

    ReplyDelete
  4. Farizzz,,btulll...jangan harapkan orang lain,,jangan harapkan pagar,,kerana pagar pun boleh makan padi..

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera..Saya AMAT SETUJU dengan komennya saudari nurr diatas.Satu isu yang baik diperkatakan disini.

    ReplyDelete
  6. tapi yang herannya..semua bising2 pasal ni..bukannya individu2 yang terbabit jewkan,,dunia politik kan..semua diambil sebagai senjata politik mereka..

    ReplyDelete
  7. wah. hnghat nampaknye isu ini. apa apa pun ada benarnya pandangn saudara akif.

    ReplyDelete