Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.

Tabiat Membaca

Tabiat membaca adalah satu tabiat yang bagus dan senang dipraktikan.Tabiat membaca dapat memberikan kita kebaikan yang berpanjang serta tidak terbatas.Melalui membaca,kita boleh meluaskan pandangan kita.Namun yang mengecewakan adalah membaca sudah tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat kita,Malaysia.

statistik menunjukkan rakyat Malaysia membaca 8-12 buah buku setahun secara puratanya.Statistik adalah agak rendah jika dinilai dengan sudut positifnya.Memang agak sedikit kerana ianya tahunan bukannya bulanan kan?Namun statistik ini telah menunjukkan kenaikkan berbanding tiga tahun dahulu dengan purata 2 buah buku setahun..bayangkan jika statistik terus menaik dengan trend sebegini...Wow..

Menurut kajian,tabiat membaca berubah mengikut umur.Contohnya,purata 12 buah buku sehari diperolehi untuk peringkat umur yang masih dalam persekolahan dan purata ini menurun kepada 8 buah buku setahun ketika berusia 21 tahun atau selepas tamat persekolahan.Apa yang terjadi disebalik statistik ini?Adakah kita semakin menjadi pemalas sejajar dengan peningkatan umur kita??Mungkin,kita sudah merasa diri kita sudah cukup ilmu di dada,,,setuju?


Bagaimanapun,dari sudut pandangan lain, ini membuktikan sekolah sebagai medium yang berkesan dalam memupuk tabiat membaca ini.Sekurangnya-kurangnya usaha Kementerian Pelajaran dengan kerjasama para guru membuahkan hasil.Jadi,kerajaan perlu memikirkan satu jalan supaya puratanya tidak merudum selepas alam persekolahan...

Namun,bangsa Melayu,bangsa kita..bak kata Tun Mahathir.Melayu cepat lupa...ada benarnya..buktinya adalah purata ini.Apa terjadi ketika di alam persekolahan dan apa yang terjadi selepasnya??Kita mudah lupa.harus diakui...Jadi sama-sama lah kita meningkatkan bacaan kita yang juga bermanfaat untuk diri kita sendiri..mahukah terus dilabelkan dengan 'MUDAH LUPA"..renungkan..

2 comments:

  1. Sedang Membaca la ni...Membaca Blog Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. haha..baca blog..kadang2 bagus gak kan

    ReplyDelete