Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.

Putus Asa

Assalamualaikum,

Petang yang hening menarik rasa ingin mencurah idea pemikiran.Hehe.InshaAllah,artikel ini saya ingin menceritakan sedikit pandangan saya dalam istilah berputus asa.
Kadang kala,dalam kehidupan seharian kita selalu ada berlaku dialog ‘Dahlaaa,au tak serik..tak guna aku teruskan lagi..’.Bagi saya sendiri,pada pandangan saya,perkara ini tak patut berlaku sebenarnya.Walaupun,saya ulangi,walaupun dalam diri  saya sendiri selalu timbul rasa berputus asa untuk melakukan sesuatu perkara.
Kenapa saya katakan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam kehidupan kita tak seharusnya berputus asa.Saya mengambil contoh mudah iaitu dalam perniagaan(Sunnah Rasulullah S.A.W) kita selalu dengar orang yang mengalami kegagalan dalam usaha mereka.Seharusnya kegagalan yang melanda tidak akan membuat kita berputus asa,sekalipun jatuh kali ke 99 bangunlah untuk kali ke 100.Ambilah kegagalan itu sebagai cabaran,terima lah ia sebagai pelajaran dan jadikanlah ia penyuntik semangat untuk bangkit kembali.

Begitu juga dalam konteks agama Islam,jangan hanya kerana satu dugaan kita sudah berputus asa untuk hidup.Tidakkah kita tahu bahawa Allah S.W.T takkan menguji hambaNya lebih daripada apa yang hambaNya mampu tanggung,tidak percayakah kita kepada janji Allah?Semestinya kita semua yakin bahawa janji Allah S.W.T adalah janji yang benar.Seharusnya dalam kalangan orang Islam tidak berlakunya kes kes seperti kes bunuh diri.Percayalah bahawa ketentuan Allah S.W.T adalah yang terbaik walaupun di mata kita ianya Nampak serba tidak kena.Wallahu a’lam.

Cinta

Sebagai seorang insan biasa kita ingin disayangi dan juga ingin menyayangi.Rasa ini ditafsirkan sebagai satu perkataan iaitu cinta.Hakikatnya,tiada siapa yang mampu memberi apa itu definisi cinta yang tepat kerana semestinya setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri tentang cinta.Sesungguhnya cinta yang hakiki adalah cinta kepada Ilahi.

Berapa ramai yang sedang dilamun cinta sekarang ni?Jika ditanya pasti ramai yang mempunyai pengalaman dan sejarah dalam percintaan.Putus cinta,cinta tak berbalas,cinta sampai ke jinjang pelamin-kisah cinta yang seringkali kita dengar.Cinta sebenarnya satu ujian buat kita.Ujian kesetiaan,ujian kejujuran dan ujian penantian.Pernahkah dengar kisah cinta yang mana kedua-dua pihak memendam rasa cinta mereka tetapi akhirnya mereka bersama jua?Pernahkah juga mendengar kisah cinta yang bercinta bertahun tetapi pada akhirnya masing-masing membawa haluan yang mana bermaksud mereka berpisah jua?Saya yakin anda pernah mendengarnya.

Begitulah indahnya takdir Ilahi.Kita tidak mengetahui samada kita ada jodoh didunia ini ataupun tidak kerana ajal tidak menunggu kita bertemu dengan jodoh kita dahulu baharulah ianya akan menyapa.Jika kita ada jodoh,tahukah kita siapa jodoh kita?Kita tidak akan tahu selagi belum berlangsungnya akad nikah.Sebuah percintaan yang disirami perkahwinan akan membuatkan cinta itu lebih indah.Yang dulunya haram sekarang tidak lagi malah memperoleh pahala lagi.Taknak ke?Hehe

Cinta kepada Ilahi adalah cinta yang tiada tandingannya.Cintailah orang yang anda cintai kerana Allah S.W.T.InshaAllah itu adalah yang terbaik.

Aku Seorang Pendosa

Assalamualaikum..

Dalam berpesan-pesanan,saya jua tak lari dari salah dan silap.Ini saya amat amat akui.Kadang-kadang perkara yang saya nasihati adalah perkara yang pernah rasai sendiri.Itu sebab mengapa saya mudah memahami perasaan seseorang yang berbuat demikian.Pengalaman adalah guru yang sangat baik.

Hampir setiap hari ada proses tegur-menegur dan setiap hari jugalah saya berbuat dosa.Samada melalui lisan,perbuatan dan hati.Kenapa saya masih menasihati anda?Kerana dalam menasihati orang lain,saya juga menasihati diri saya sendiri jua.Satu pesanan yang ditulis setiap hari,diperingati setiap hati inshaAllah akan nampak keberkesanannya lama-kelamaan.Nasihat yang diberi adalah bukan untuk mengajar,bukan untuk menunjukkan saya lebih tahu tetapi sebagai satu perkongsian dan jika sesuai boleh lah dibuat panduan untuk kebaikan bersama.

Oleh itu,saya berharap,jika saya ada kesalahan dan khilaf sepanjang perjalanan hidup saya termasuklah dalam penulisan,mohon ditegur.InshaAllah saya akan memerimanya dengan hati terbuka.Harus diingat juga bahawa ada bezanya antara menasihati,mengaibkan dan mencari.Semoga kita selalu dalam keredhaanNya.Wallahu a'lam.