Salam mesra dari saya.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Saya hanya insan biasa yang banyak khilaf,jika ada yang terkurang tegurlah :) Sebarang post disini adalah hasil pemikiran saya sendiri,jika ada yang saya ambil dari sumber berkaitan,akan saya nyatakan.Sekian.

Tips Untuk Interview

Baru-baru ini saya mengikuti satu temuduga bagi permohonan SPA.Di sini saya ingin berkongsi tips-tips yang mungkin berguna untuk kita menghadapi temuduga nanti.Tips-tips berikut adalah berdasarkan survey saya sebagai persediaan untuk temuduga tersebut.Harap-harap ini akan membantu kita semua  :-)


Sebelum itu saya sertakan antara objektif para penemuduga(jenis calon yang dicari penemuduga):
1.Menpunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.
2.Mempunyai semangat yang tinggi.
3.Mempunyai kelayakan yang diperlukan
4.Rekod pelajaran atau pekerjaan yang baik.
5.Perwatakan yang menarik.(bersesuaian dengan temuduga yang anda ikuti)


Sekarang kita semua tahu apa yang dikehendaki oleh para penemuduga.Adakah ini mendatangkan rasa gemuruh untuk menghadapi temuduga???Ini adalah satu perasaan yang tidak dapat dielakkan semasa menghadiri sesi temuduga.Perasaan ini mungkin hadir ketika menunggu giliran dan menghadapi penemuduga.



So,sekarang mari kita kongsikan tips-tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ini:-


1.Pertama,jangan sesekali terlalu memikirkan soalan yang bakal ditanya oleh para penemuduga.Ini kerana  perbuatan sebegini dapat membuatkan kita memikirkan perkara-perkara negatif dan mengundang rasa gemuruh yang teramat sangat!!!!Jadi,hanya bertenang dan rileks..heehee


2.Satu lagi elemen penting yang perlu diambil berat adalah 'mind set'.Elakkan daripada terlalu memikirkan bahawa sesi tersebut adalah sesi temuduga sebaliknya hanya menganggap sesi tersebut adalah hanya sebuah proses perbualan.Jadi,jawapan yang ringkas dan padat adalah disarankan.


3.Selalu berfikiran optimistik!Ini kerana ianya dapat mengurangkan rasa gemuruh.Caranya mudah sahaja,selalu fikirkan yang perkara yang lebih sukar dapat kita hadapi apatah lagi sesi temuduga tersebut..Senang bukan??Ini juga secara tidak langsung dapat menaikkan tahap keyakinan anda.


Amalkan ini dan ditambah dengan doa-doa,insyaallah kita dapat menghadapi sesi temuduga dengan lebih tenang  :-)




Kebiasaan sesi temuduga akan dimulakan dengan sesi perkenalan diri yang selalu dikenali dengan sesi 'Intoducing Yourself'.Berhati-hati semasa sesi ini kerana ianya akan membentuk 'first impression' penemuduga terhadap kita.Kemungkinan besar sesi ini menggunakan BAHASA INGGERIS.So,be ready dude!!



TIPS UNTUK CARA PEMAKAIAN



1.Harus diingati bahawa cara pemakaian juga memainkan peranan yang penting dalam sesi temuduga.Pertama sekali perlulah memakai pakaian yang bersih,kemas dan sesuai.Bagi calon lelaki haruslah memakai tali leher dan elakkan memakai tali leher yang mempunyai lambang atau logo yang tidak diingini.Bagi calon perempuan haruslah bertudung bagi yang beragama Islam.

2.Elakkan memakai pakaian yang terlalu berwarna-warni dan mencolok mata.Calon juga harus diingatkan supaya mengelakkan diri dari memakai baju batik semasa sesi temuduga.

3.Disarankan supaya memakai kasut kulit.Elakkan dari memakai kasut sukan dan selipar.



TIPS TINGKAHLAKU SEMASA PROSES TEMUDUGA .SILA AMBIL BERAT!!!!

1.Kebiasaanya semasa ingin menuju ke dalam bilik temuduga kita perlu menempuhi pintu.Jadi,sebelum itu kita haruslah mengetuk pintu itu terlebih dahulu.Ini sebagai tanda kehadiran kita ke bilik tersebut.Jangan membuatkan para penemuduga terkejut dengan kehadiran kita.

2.Berikan ucapan 'selamat pagi' atau'selamat petang' ,mengikut kesesuaian waktu dan 'assalamualaikum' sekiranya penemuduga beragama Islam.

3.Jangan sesekali menghulurkan tangan untuk berjabat kecuali mendapat isyarat daripada penemuduga terbabit.

4.Serahkan dokumen-dokumen terbabit.Pastikan dokumen itu mengadap penemuduga.

5.Jangan duduk selagi tidak menerima arahan dari penemuduga.
6.Duduk dengan tegap.Jangan sesekali duduk bersilang kaki,mengoyangkan kaki atau mengerakannya kesana sini.

7.Biarkan penemuduga perbualan.Seperti yang telah dinyatakan,perbualan tersebut akan bermula dengan sesi perkenalan.

8.Cuba bercakap dalam keadaan 'face to face' ataupun selalu memandang ke muka penemuduga ketika bercakap.

9.Sentiasa bertenang semasa menjawab soalan dari penemuduga.Suara mestilah kuat dan jelas.Jawapan yang diberikan haruslah tepat  dan dan jangan bercakap panjang lebar perkara yang tidak berkaitan. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa kasar.

10.Gunakan ganti nama yang bersesuaian.

11.Cuba kembangkan topik perbincangan yang telah mencuri perhatian penemuduga.Tetapi,anda haruslah bersedia dengan topik-topik yang lain.

12.Hujahkan sesuatu topik dengan penuh keyakinan.Sebolehnya,cuba kembangkan jawapan "ya" atau "tidak" anda dengan sebab musabab yang munasabah.Sekiranya anda tidak jelas tentang soalan yang ditanya sebaiknya cuba bertanyakan semula soalan tersebut.

13.Jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, jangan cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini nanti akan melemahkan peluan anda. Sebaik-baiknya anda berterus terang yang anda tidak tahu jawapan bagi soalan berkenaan.

14.Jangan mencuba menyampuk perbualan penemuduga yang sedang membincang sesuatu diantara mereka.

15. Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

16.Jangan cuba memandai menamatkan temuduga.Biarkan penemuduga membuat keputusan tersebut .

Akhir sekali,jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada penemuduga...:-)





</div>



2 comments:

  1. info yang sangat berguna thanx a lot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..terima kasih kerna sudi berkunjung :)

      Delete